Friday, June 4, 2010

Jadilah seekor burung

Burung haiwan ciptaan Allah antara paling menakjubkan,lebih dahulu menguasai angkasa ribuan tahun dari manusia.Sebelum manusia tahu bahawa bumi ini sfera,ia telah mengetahui,setiap perbatasan dunia,ia telah jelajahi ,gunung , lembah dan lautan dilayari tanpa takut.kebebasan sejati diatas sunnahtullah. Aku sering nasihat sahabat-sahabat ku jadilah seekor burung.Buang segala resah dan takut yang selama ini memenjara hidup,bukankah kalian telah penuh didada dengan berbagai ilmu dan kemahiran,nah, mengapa mesti takut,jiwa yang kaya hanya takut kepada Allah,jiwa yang miskin maka takut pada diri dan dunia.

No comments:

Post a Comment